Monday, 3 April 2017

Sains Makanan I

      Siapa tahu kan perancangan Tuhan itu bagaimana? Siapa tahu bila masa yang tepat untuk kita menempuh angan angan dan impi yang kita hasratkan. kabul dalam jiwa resah dan bertamu menjadi rindu, lantas jiwa rebah dibelasah nikmat dari Tuhan. "Dan nikmat apa lagi yang kau mahu dustakan wahai Sang Puter?
     Saya masih teringat ketika seorang guru berkata begini, "Ada orang yang minat sastera di sini? Saya rasa dia patut tukar aliran". Dia berkata ketika aku menuntut di tingkatan lima, di sebuah pengajian yang agak tersohor di Malaysia ini. Membesar dan mulai membesar, aku mahu berjabat dengannya dan mahu mengucapkan rasa terima kasih untuk apa yang aku miliki harini. Wahai guru, kerana kata-kata kamulah aku menentang takdir dan cita-cita bersatu dengan impian mengejar aku dan melemaskan aku dalam daerah cinta.
     Cinta yang bagaimana. Pasti kalian mahu bertanya begitu. Begini, cinta ini adalah satu cinta yang aku anggap cinta pertamaku namun sebaliknya dia bahkan adalah cinta kedua. Ya, pasti dia ialah sains. Pernah dengar mengenai sains makanan?
     Sains makanan adalah satu kursus yang ditawarkan di UiTM untuk para pelajar lepasan SPM dan juga para pelajar lepasan Matrikulasi/Asasi/Tingkatan 6/Diploma untuk memohon dan bersama kami di sini. Sayugia hamba mahu menitipkan kasih, jika ada yang terpau hati ada jurusan ini di peringkat diploma anda boleh memohon secara terus melalui bahagian pengambilan pelajar(UPU) yang dibuka setiap tahun. "Tapi kekanda, saya tidak terpilih menerusi UPU, adakah cara lain yang boleh saya lakukan?".
      Boleh wahai adindaku sekalian, tuan hamba bertuah jika mahu memilih Universiti Teknologi Mara sebagai langkah awal kalian dalam bidang ini kerana adinda boleh memohon secara terus kepada universiti kesayangan kekandamu ini ketika universiti membuka permohonan untuk pengambilan kali kedua.



#UiTM DIHATIKU


                  
Jika adinda memohon memasuki diploma, sayugia di hati kekanda mahu titipkan bahawa adinda akan menelaah dan menemui ilmu itu di cawangan universiti di Kuala Pilah kerana di sanalah satu-satunya kampus yang menawarkan diploma dalam kursus ini. 

Namun, jika adindaku dari lepasan STPM dan setaraf, adinda boleh memohon untuk memasuki bidang Ijazah seperti kekandamu ini di Shah Alam. 

Adinda, malam sudah terlalu lewat dan bulan malu mahu menghias wajahnya di dada langit. izinkan kekanda mengundur diri. Kekanda mahu menelaah analisis makanan, sekian dari kanda. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...