Setelah beberapa hari, diuji dengan kesibukan dan kebahagian maka saya mecuba memberi masa lagi kerana latihan akan membuahkan hasil yang bagus. Barangkali, saya menuju cinta nan satu itu lagi. Namun, menuju cinta yang satu itu tidaklah bermakna saya akan mengabaikan apa yang ditakdirkan. Kenapa nak abaikan betul? Tidaklah ampai mengabaikan, cuma sedikit meletakkan di tepi. Saya mahu bangkit, bangkit dan menjadi yang paling manis dalam hidup. Dia mencintai saya dan saya tahu, sesungguhnya perjalanan ini menanti di hadapan. Perjalanan panjang dan berliku, walau harus tebas segala keberanian dan melumpuhkan segala kesengsaraan. Cara tuhan mentarbiah diri, cara tuhan mendidik diri.
Saya sayang dia sungguh-sungguh, dia yang menjadi segalaya pada saya. Saya sayang dia sungguh-sungguh, yang mencintai saya apa adanya. Rajuk saya panjang, panjang dan sungguh panjang namun fitrah merindui. Fitrah mencintai dan fitrah takut kehilangan sesungguhnya benar dan saya pujuk pada rajuk dalam diri; sampai bila mahu merajuk? Sampai ada kehilangan baru mahu menyesal? Rugi, rugi kalau begitu. Kemudian semuanya berlalu pergi, kembali menjadi sang puteri yang manja. Hahaha. Fitrah sebegitu, kau tahu kawan? Selagi ada waktu, selagi ada kesempatan maka gunakan sebaiknya takkan kau mahu tunggu kehilangan barulah mahu menghargai? Sia-sia. Tahu, dia menanam harapan yang tinggi. Acap kali dia sebut, ini puteriku ahli sains. Bahkan abah(ayah angkat) juga berbangga atas kejayaan sang puteri nan seorang ini. Muhasabah diri, panjang dan lama.
Saya rindu dia, dan saya rindu kemanjaan yang saya jalinkan dan wujudkan. Prinsip saya, biarlah saya mahu bermanja seperti apa pun kerana tiada siapa yang boleh menghalang. Saya mahu jadi berbeza, sepertinya saya hasratkan kerana jika suatu hari nanti kehilangan; saya boleh terima dengan berlapang dada walau jika hari itu datang saya mungkin bagaikan sang puteri yang kehilangan takhtanya dan kehilangan seluruh isi dunia. Tidak mengapa, kerana sebab itu saya tidak mahu bergantung dan bergantung pada sesiapapun hatta pada yang bernama lelaki kerana ketakutan untuk kehilangan itu besar bahkan saya mahu sendirian bermunajat pada Tuhan pada saat saya lelah. Saya percaya dalam hidup, cinta yang sesungguhnya dan percaya pada kehebatan seorang Fatimah hanyalah dia; yang saya berjuang untuknya. Untuk kesekian kalinya saya mahu mengkhabarkan pada dunia, dialah jiwa saya hati saya rindu saya dan tiada siapa mampu mengisi tempatnya kerana dialah yang teguh berdiri dan menanam sebesar-besar jiwa; dialah sang raja untuk seorang puteri. Saya menangis, sungguh-sungguh rindu pada sang raja. Saya menatap wajah tuanya, saya takut pada kehilangan seorang lelaki yang saya berjuang untuknya sehingga pada rajuk nan panjang saya katakan dia telah kehilangan saya dalam egonya namun waktu menceritakan; itulah cara yang terbaik untuk menurunkan ego seorang puteri. Rindu.
Seorang puteri kalah dengan ketabahan seorang raja, rajuk menjadi tumpas pada rindu yang menggila. Kau segalanya, yang memegang bahagia dan mengenggelamkan derita. KAU. Ayah. Wea, dari dinasti yang aku juga masih mencari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian
Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA? Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...
-
Sebenarnya aku pedih, dan kepedihan itulah yang selalu membutakan dan membuatkan aku lari dari segala tanggungjawab atau keperluan. ...
-
adakalanya, berlari menuju tuhan itu dalam pelbagai cara. Kadangkala kita akan berlari dengan kaki yang terseret penuh luka nanah yang ...
-
Setelah beberapa hari, diuji dengan kesibukan dan kebahagian maka saya mecuba memberi masa lagi kerana latihan akan membuahkan ...
No comments:
Post a Comment