Saya rasa, setiap kali saya menulis di ruangan ini ianya adalah segala yang terbuku di jiwa dan bermain di fikiran. Entahlah, saya kecewa dengan manusia. Tiba-tiba kerana manusia, saya mudah hilang arah dan tiba-tiba mahu diam dan entah tiba-tiba mahu berhenti dari segala-galanya. Riak buat saya rasa mahu berhenti. Tiba-tiba rasa pedih. Tiba-tiba rasa takut dan mahu pergi, mahu melafazkan segala rasa dan membuang segala apa yang bermain di jiwa.
Kata seorang sahabat, yang saya miliki dalam perjalanan menuju tuhan; kata dia saya terlalu tertutup mahu tertutup segala rasa. Saya diam kemudian saya berfikir, entahlah ketakutan pada kehilangan ketakutan pada manusia dan sedikit trauma mengenali membuatkan sya tidak membiarkan manusia mendekati. Saya yang membina perisai itu, saya bina dan kemudian saya tanam segala sikap yang menjurus ke arah itu. Saya..............hilang kepercayaan kepada yang bernama manusia. Manusia membuatkan saya kecewa dan saya penat mahu menerima kekecewaan kerana segala penolakan dan segala kekecewaan membuatkan saya tidak mahu menerima sesiapa di dalam hidup. Manusia, fitrahnya bukankah begitu? Manusia bukankah penuh dengan kekurangan? Kenapa mahu lagi ego dan kesempurnaan? Seketul Fatimah yang tidak reti bersyukur, tunggu dipanah dengan kepedihan lagikah? Tidak, tidak mahu.
Kemudian saya berfikir, panjang dan lama. Akhir-akhir ini saya banyak berfikir namun berusaha memahami. Berfikir dengan segala bukti di depan mata. Berfikir dengan segala kesedihan yang menggunung. Berfikir dengan meletakkan keterbukaan jiwa. Bukankah jiwa yang besar dan hati yang terbuka diiringi bahagia akan membuatkan kebahagian? Saya sekarang sedang bermain dengan masa, sedang bermain dengan jiwa tetapi hati saya tetap tidak teguh. Saya diuji dengan kata-kata. Saya diuji dengan permainan perasaan. Saya berfikir panjang dan panjang. Sungguh-sungguh saya rindu menjadi si kecil Fatimah. Si kecil Fatimah tidakkah tahu, dewasa ini ujiannya pekat hebat lebat gila dan sungguh atas nama tuhan; saya tidak mampu menahan rasa sedih dan melemparkan nestapa. Walau bahagia bukan milik saya, syukur tetap dilafazkan atas nikmat bahagia yang tuhan berikan.
Saya rasa, tuhan rindu saya. Rindu pada tangisan seorang hamba bernama Fatimah. Kemudian saya rasa. Entahlah segala-galanya berselirat.Kosong. Kosong dan saya rasa bila berada di atas rasanya sakit. Sehingga saya tekankan pada hati, wahai hati berada di atas jangan sesekali membangga diri.
Saya bermuhasabah dan mendengar beberapa nasyid. Jiwa sedikit sembuh. Alhamdullah.
https://www.youtube.com/watch?v=s4SnJLOwVxY
Thursday, 9 November 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian
Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA? Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...
-
Sebenarnya aku pedih, dan kepedihan itulah yang selalu membutakan dan membuatkan aku lari dari segala tanggungjawab atau keperluan. ...
-
adakalanya, berlari menuju tuhan itu dalam pelbagai cara. Kadangkala kita akan berlari dengan kaki yang terseret penuh luka nanah yang ...
-
Setelah beberapa hari, diuji dengan kesibukan dan kebahagian maka saya mecuba memberi masa lagi kerana latihan akan membuahkan ...
No comments:
Post a Comment