Thursday, 26 November 2015

Takoyaki jemput-jemput Japan!!


Bahan²:
20>30 biji..

1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung 
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam 
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.  
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/unagi_belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat halus.

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang...

2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis. letak banyak giler kobis kalau nak
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing 
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

Bahan² sos okonomaki.

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair 
1/4 cawan air asam jawa 
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

Monday, 2 November 2015

My yogurt in da house!!

MENYOGURT IN DA HOUSE!!

Happy birthday to me!
Happy birthday to me!
Happu birthday happy birthday,
happy birthday to me!!

              Alhamdulillah, genap 2xxx pada tarikh xx/11/2015. Hehe. Tahun lepas, belajar buat kek keju jepun dan berjaya.
Tahun ni, menyogurt la pulak I. Hehe.
Gigih mengoogle sepelusuk laman, akhirnya  saya menggabungkan juga la beberapa teknik dan akhirnya terhasillah my yogurt dan my baby lactobascillus, coccus..
              So, entry kali ni I nak share pasal yogurt drink ataupun air yogurt ataupun labanun. Sedap tak terkata. Berkata-kata, satu liter tu sehari je buat. Hari-hari buat yogurt, hehe.
              

AIR YOGURT WANFATIMAHSOFIYA STYLE.

Bahan-Bahannya

:-) 1 liter air bertapis/air masak
:-) 3 senduk susu serbuk ( I pakai nespray)
:-) 1/2 tin susu pekat manis
:-) gula ( tak letak sebab tak nak manis sangat)
:-) 3 sudu besar yogurt asli

Cara-caranya

1. Didihkan air sampai mendidih, kalau pakai air tapis cukup kita panaskan sahaja.

2. Setelah mendidih, masukkan segala macam bahan-bahan kecuali yogurt plain. Kacau sampai sebati.

3. Sejukkan pada tahap suam-suam kuku, dan masukkan yogurt asli (sebagai starter yogurt).

4. Masukkan ke dalam bekas plastik, dan balut dengan tuala/suratkhabar/ selimut..
(Saya balut dengan  suratkhabar dan selimut)..ini adalah proses pemeramam, supaya suhu yogurt stabil di dalam bekas tadi.

5. Peram selama 8 jam di tempat yang mendapat pencahayaan matahari, jangan dibuka atau digoncanh sebelum sampai 8 jam.

Penting!!!

!!!!! Jangan biarkan tempat peraman yogurt itu dikacau, bergoncang kerana ini akan menyebabkan yogurt tidak menjadi.
!!!!!! Setelah 8 jam, air susu tadi akan bertukar sedikit masam dan bewarna kekuning-kuningan. Kalau tak, tak menjadi la jawabnya.

Sebarang pertanyaan, sila email kepada
imamatulqurrasyikin94@gmail.com
#Happy cooking#

Tuesday, 20 October 2015

Dia yang bertanya.

           Hari ni masih cuti jerebu, tapi anak-anak transit datang juga. Iya, sesetengah Ibu dan ayah mereka tidak dapat cuti. 

Maka,kami-buat apa-apa aktiviti untuk mereka. 

Fokus utama=meningkatkan motor kasar dan halus. 

           Mereka manja hari ini, tersangat. 

Izryn, 6 tahun bertanya. Adakah aku pakai mekap, siap cuba untuk memadamkan "mekap" tersebut.
           Aku senyum saja, dan menjawab tidak. 

Mereka, anak-anak perempuan tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia asak pertanyaan bertalu-talu, habis tu kenapa ada seolah warna ungu? 

           Aku tanya dia, di atas kelopak mata cikgukah? 

           Dia mengangguk, dan berkata ia. 

           Ketawa kecil, aku. Dan menjawab iya. Sayang, itu asli sayang. cikgu tak pakai mekap pun. 

Dia tanya, siapa sayang? 

Aku jawab, kamulah izryn. 

Dia tersipu-sipu malu. 

Itu, satu cerita hari ini.

Cerita dua.

           Aira dan auni menggiat. Aira suka menjamah perut dan berkata , cikgu bila baby nak keluar? Aku juga ketawa kecil, bila mahu keluar? Mana mungkin, masih belum berkahwin. 

            Aira tidak puas hati, mengasak lagi. Tengok cikgu asmira tu, tak kawin tapi dha mengandung. Ketawa besar aku! Ada-ada saja persoalan mereka. 

            Ok, aira. Aira ada abah tak? Aku tanya. Ada, jawab aira. Aira ada abah, mama aira ada abah. Sebab tu la aira dan danial ada. Tapi, cikgu tak kawin lagi. Tak ada suami lagi, macam mana nak mengandung dan ada anak? 

            Sambung lagi, nanti cikgu kawin, cikgu jemput aira sekali. Nanti aira jadi flower girl cikgu ya? Dia angguk sambil tersipu dan senyum manja.
              

Monday, 19 October 2015

Ketika rebah di persimpangan, ku berlari menuju tuhan.

Tuhan.
Secebis luka mana kita letak untuk Tuhan bebat, seperti itu juga kita biar luka sembuh dan biar platlet mengganti resah yang hilang.
Masih segar di ingatan, dalam perbualan di telefon dengan kakak sewaktu aku memilih kembali ke Kota Bharu, meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu lantas meninggalkan titik yang aku cuba bina di Maahad Amir Indera Petra.
Kata dia,
"yakinlah. Ada ibrah dari Tuhan, yang mahu dia tahu kau tahu adik. Positif saja, ini jalan yang dia pilih untuk kau lalui",.

    Benar, hanya dua tahun di sana. Ibrah dari Tuhan terlalu menggunung. Walau aku lemas dalam peperangan sendiri-aku tidak rebah dengan mudah. Menjadi naqibat, sedang diri hanyut dalam kecelaan. Namun, tidak jemu tarbiah ditusukkan. Tidak jemu nasihat dicurahkan dan berlari ke daerah paling sunyi. Aku yang ternoda dalam kalangan manusia-manusia suci, tampak  juga suci pada wajah mereka.
  
     Aku tutup kisah di sana. Yang ditamatkan secara sendiri dalam takdir yang harus ditempuh. Benar, setelah habis spm aku putuskan. Tidak mahu lagi menyarung baju sekolah. Ralit aku biarkan jemariku mengisi UPU, permohonan untuk ke universiti. Masih ingat lagi, PPUM ada menawarkan sesiapa sahaja yang mahu menyertai mereka. Sebagai jururawat atau radioterapi.

      UPU, hanya segunung tewas dan hampa. Aku lemah sendiri, kecewa. PPUM juga, aku tangis menyesali apa yang aku tidak dapat. Malu dan terasa diri terlalu kerdil di hadapan manusia dan Tuhan. PPUM, penat aku berlari mencari waktu. Korbankan apa yang harus dikorbankan, sehingga nun di Kl aku pergi semata-mata pengharapan.

        Salah aku cuma satu, mereka mahu aku berbahasa inggeris sedang aku tahu-kemampuan aku bagaimana. Benar, aku memperoleh B+ bagi matapelajaran  tersebut namun tatabahasa aku kurang. Perkataan dan perkataan dalam bahasa juga kurang. Dan langsung, keyakinan itu hilang. Ke tahap paling rendah, kerana
Ketidaksempurnaan itu. Gagal juga dalam PPUM.

       Lantas, aku nekad. Pulang dan meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, meneruskan apa yang aku pernah tolak. Sains ya sains, yang aku mahu buang dari kisah hidup. Nyata, perancangan Tuhan itu indah. Terlalu banyak manfaat dan bahagia yang aku temui di sana.

          Tiga tahun berperang, alhamdulillah. Keyakinan untuk berbahasa inggeris mendadak ke tahap agak tinggi-ketika diperlekeh sesetengah orang tentang kemampuan sendiri. Aku buktikan pada keputusan MUET. Rezeki itu setelah yang lain rata-rata mendapat band standard orang melayu dan aku agak tinggi dari mereka. Alhamdulillah, syukur-teramat syukur untuk itu.

             Hujung November ini, aku akan menyarung jubah itu. Tepat pada waktunya, menghabiskan pengajian. Dan hujung minggu ini, ada temuduga dengan SPA. moga diberi kelancaran segalanya.
Mengapa harus menidakkan perancangan Tuhan dan pengaharapan orang tua? Langkah saja, pijak saja setelah ada restu di situ.
Pergi saja. Moga dipermudahkan urusan  

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...