Tuesday, 20 October 2015

Dia yang bertanya.

           Hari ni masih cuti jerebu, tapi anak-anak transit datang juga. Iya, sesetengah Ibu dan ayah mereka tidak dapat cuti. 

Maka,kami-buat apa-apa aktiviti untuk mereka. 

Fokus utama=meningkatkan motor kasar dan halus. 

           Mereka manja hari ini, tersangat. 

Izryn, 6 tahun bertanya. Adakah aku pakai mekap, siap cuba untuk memadamkan "mekap" tersebut.
           Aku senyum saja, dan menjawab tidak. 

Mereka, anak-anak perempuan tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia asak pertanyaan bertalu-talu, habis tu kenapa ada seolah warna ungu? 

           Aku tanya dia, di atas kelopak mata cikgukah? 

           Dia mengangguk, dan berkata ia. 

           Ketawa kecil, aku. Dan menjawab iya. Sayang, itu asli sayang. cikgu tak pakai mekap pun. 

Dia tanya, siapa sayang? 

Aku jawab, kamulah izryn. 

Dia tersipu-sipu malu. 

Itu, satu cerita hari ini.

Cerita dua.

           Aira dan auni menggiat. Aira suka menjamah perut dan berkata , cikgu bila baby nak keluar? Aku juga ketawa kecil, bila mahu keluar? Mana mungkin, masih belum berkahwin. 

            Aira tidak puas hati, mengasak lagi. Tengok cikgu asmira tu, tak kawin tapi dha mengandung. Ketawa besar aku! Ada-ada saja persoalan mereka. 

            Ok, aira. Aira ada abah tak? Aku tanya. Ada, jawab aira. Aira ada abah, mama aira ada abah. Sebab tu la aira dan danial ada. Tapi, cikgu tak kawin lagi. Tak ada suami lagi, macam mana nak mengandung dan ada anak? 

            Sambung lagi, nanti cikgu kawin, cikgu jemput aira sekali. Nanti aira jadi flower girl cikgu ya? Dia angguk sambil tersipu dan senyum manja.
              

Monday, 19 October 2015

Ketika rebah di persimpangan, ku berlari menuju tuhan.

Tuhan.
Secebis luka mana kita letak untuk Tuhan bebat, seperti itu juga kita biar luka sembuh dan biar platlet mengganti resah yang hilang.
Masih segar di ingatan, dalam perbualan di telefon dengan kakak sewaktu aku memilih kembali ke Kota Bharu, meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu lantas meninggalkan titik yang aku cuba bina di Maahad Amir Indera Petra.
Kata dia,
"yakinlah. Ada ibrah dari Tuhan, yang mahu dia tahu kau tahu adik. Positif saja, ini jalan yang dia pilih untuk kau lalui",.

    Benar, hanya dua tahun di sana. Ibrah dari Tuhan terlalu menggunung. Walau aku lemas dalam peperangan sendiri-aku tidak rebah dengan mudah. Menjadi naqibat, sedang diri hanyut dalam kecelaan. Namun, tidak jemu tarbiah ditusukkan. Tidak jemu nasihat dicurahkan dan berlari ke daerah paling sunyi. Aku yang ternoda dalam kalangan manusia-manusia suci, tampak  juga suci pada wajah mereka.
  
     Aku tutup kisah di sana. Yang ditamatkan secara sendiri dalam takdir yang harus ditempuh. Benar, setelah habis spm aku putuskan. Tidak mahu lagi menyarung baju sekolah. Ralit aku biarkan jemariku mengisi UPU, permohonan untuk ke universiti. Masih ingat lagi, PPUM ada menawarkan sesiapa sahaja yang mahu menyertai mereka. Sebagai jururawat atau radioterapi.

      UPU, hanya segunung tewas dan hampa. Aku lemah sendiri, kecewa. PPUM juga, aku tangis menyesali apa yang aku tidak dapat. Malu dan terasa diri terlalu kerdil di hadapan manusia dan Tuhan. PPUM, penat aku berlari mencari waktu. Korbankan apa yang harus dikorbankan, sehingga nun di Kl aku pergi semata-mata pengharapan.

        Salah aku cuma satu, mereka mahu aku berbahasa inggeris sedang aku tahu-kemampuan aku bagaimana. Benar, aku memperoleh B+ bagi matapelajaran  tersebut namun tatabahasa aku kurang. Perkataan dan perkataan dalam bahasa juga kurang. Dan langsung, keyakinan itu hilang. Ke tahap paling rendah, kerana
Ketidaksempurnaan itu. Gagal juga dalam PPUM.

       Lantas, aku nekad. Pulang dan meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, meneruskan apa yang aku pernah tolak. Sains ya sains, yang aku mahu buang dari kisah hidup. Nyata, perancangan Tuhan itu indah. Terlalu banyak manfaat dan bahagia yang aku temui di sana.

          Tiga tahun berperang, alhamdulillah. Keyakinan untuk berbahasa inggeris mendadak ke tahap agak tinggi-ketika diperlekeh sesetengah orang tentang kemampuan sendiri. Aku buktikan pada keputusan MUET. Rezeki itu setelah yang lain rata-rata mendapat band standard orang melayu dan aku agak tinggi dari mereka. Alhamdulillah, syukur-teramat syukur untuk itu.

             Hujung November ini, aku akan menyarung jubah itu. Tepat pada waktunya, menghabiskan pengajian. Dan hujung minggu ini, ada temuduga dengan SPA. moga diberi kelancaran segalanya.
Mengapa harus menidakkan perancangan Tuhan dan pengaharapan orang tua? Langkah saja, pijak saja setelah ada restu di situ.
Pergi saja. Moga dipermudahkan urusan  

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...