adakalanya, berlari menuju tuhan itu dalam pelbagai cara. Kadangkala kita akan berlari dengan kaki yang terseret penuh luka nanah yang masih lagi ada ulat. Adakalanya, kita berlari dengan mata yang tertutup dan tangan yang terikat juga akan ada ketika, kita berlari menuju tuhan dengan rasa yang berbelah bahagi juga akan adakalanya kita merajuk dan kita terhenti di persimpangan. biarlah apa cara sekalipun, rajuk atau tidak; itu terpulang pada kita. Sisipkan dalam jiwa, rajuk pada tuhan atau sebenanya kita yang berpaling tadah dan mahu berlari jauh dari tuhan dan menidakkan kenyataan bahkan mahu terus menafikan sesuatu yang dinamakan takdir dan mendefinasikan takdir serta perjalanan hidup mengikut apa yangkita rasa kita mahu, kita suka dan kita selesa tanpa mengambil kira asbab sesuatu perbuatan akan menyebabkan satu keputusan. Mencintai Tuhan itu dengan pelbagai cara dari definasi yang pelbagai rasa.
Menuju tuhan itu bukan semestinya kita duduk di satu sudut menghafal kalimahnya saja, mendalami hadis dan menelaah feqah bahkan juga setiap apa yang kita lakukan dalam sehari-hari perjalanan menuju ke destinasi paling akhir. ada jalannya. ada rintangannya dan bersabarlah, itulah dugaan orangbyang mahu mencintai tuhan dengan cinta yang sesungguhnya.
Menuju tuhan dengan rasa yang berkecamuk maka lihatlah betapa alam terbentang luas dan melunaskan rindu dengan cara tersendiri. Caraku mencintai tuhan itu, dengan mencari keikhlasan dalam setiap perbuatan.
Ikhlas, di mana harus dicari.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian
Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA? Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...
-
Sebenarnya aku pedih, dan kepedihan itulah yang selalu membutakan dan membuatkan aku lari dari segala tanggungjawab atau keperluan. ...
-
adakalanya, berlari menuju tuhan itu dalam pelbagai cara. Kadangkala kita akan berlari dengan kaki yang terseret penuh luka nanah yang ...
-
Setelah beberapa hari, diuji dengan kesibukan dan kebahagian maka saya mecuba memberi masa lagi kerana latihan akan membuahkan ...