Saturday, 11 November 2017

Sang Raja disisi Sang Puteri

             Setelah beberapa hari, diuji dengan kesibukan dan kebahagian maka saya mecuba memberi masa lagi kerana latihan akan membuahkan hasil yang bagus. Barangkali, saya menuju cinta nan satu itu lagi. Namun, menuju cinta yang satu itu tidaklah bermakna saya akan mengabaikan apa yang ditakdirkan. Kenapa nak abaikan betul? Tidaklah ampai mengabaikan, cuma sedikit meletakkan di tepi. Saya mahu bangkit, bangkit dan menjadi yang paling manis dalam hidup. Dia mencintai saya dan saya tahu, sesungguhnya perjalanan ini menanti di hadapan. Perjalanan panjang dan berliku, walau harus tebas segala keberanian dan melumpuhkan segala kesengsaraan. Cara tuhan mentarbiah diri, cara tuhan mendidik diri.

         Saya sayang dia sungguh-sungguh, dia yang menjadi segalaya pada saya. Saya sayang dia sungguh-sungguh, yang mencintai saya apa adanya. Rajuk saya panjang, panjang dan sungguh panjang namun fitrah merindui. Fitrah mencintai dan fitrah takut kehilangan sesungguhnya benar dan saya pujuk pada rajuk dalam diri; sampai bila mahu merajuk? Sampai ada kehilangan baru mahu menyesal? Rugi, rugi kalau begitu. Kemudian semuanya berlalu pergi, kembali menjadi sang puteri yang manja. Hahaha. Fitrah sebegitu, kau tahu kawan? Selagi ada waktu, selagi ada kesempatan maka gunakan sebaiknya takkan kau mahu tunggu kehilangan barulah mahu menghargai? Sia-sia. Tahu, dia menanam harapan yang tinggi. Acap kali dia sebut, ini puteriku ahli sains. Bahkan abah(ayah angkat) juga berbangga atas kejayaan sang puteri nan seorang ini. Muhasabah diri, panjang dan lama.

         Saya rindu dia, dan saya rindu kemanjaan yang saya jalinkan dan wujudkan. Prinsip saya, biarlah saya mahu bermanja seperti apa pun kerana tiada siapa yang boleh menghalang. Saya mahu jadi berbeza, sepertinya saya hasratkan kerana jika suatu hari nanti kehilangan; saya boleh terima dengan berlapang dada walau jika hari itu datang saya mungkin bagaikan sang puteri yang kehilangan takhtanya dan kehilangan seluruh isi dunia. Tidak mengapa, kerana sebab itu saya tidak mahu bergantung dan bergantung pada sesiapapun hatta pada yang bernama lelaki kerana ketakutan untuk kehilangan itu besar bahkan saya mahu sendirian bermunajat pada Tuhan pada saat saya lelah. Saya percaya dalam hidup, cinta yang sesungguhnya dan percaya pada kehebatan seorang Fatimah hanyalah dia; yang saya berjuang untuknya. Untuk kesekian kalinya saya mahu mengkhabarkan pada dunia, dialah jiwa saya hati saya rindu saya dan tiada siapa mampu mengisi tempatnya kerana dialah yang teguh berdiri dan menanam sebesar-besar jiwa; dialah sang raja untuk seorang puteri. Saya menangis, sungguh-sungguh rindu pada sang raja. Saya menatap wajah tuanya, saya takut pada kehilangan seorang lelaki yang saya berjuang untuknya sehingga pada rajuk nan panjang saya katakan dia telah kehilangan saya dalam egonya namun waktu menceritakan; itulah cara yang terbaik untuk menurunkan ego seorang puteri. Rindu.

         Seorang puteri kalah dengan ketabahan seorang raja, rajuk menjadi tumpas pada rindu yang menggila. Kau segalanya, yang memegang bahagia dan mengenggelamkan derita. KAU. Ayah. Wea, dari dinasti yang aku juga masih mencari.

Thursday, 9 November 2017

Rasa.

                    Saya rasa, setiap kali saya menulis di ruangan ini ianya adalah segala yang terbuku di jiwa dan bermain di fikiran. Entahlah, saya kecewa dengan manusia. Tiba-tiba kerana manusia, saya mudah hilang arah dan tiba-tiba mahu diam dan entah tiba-tiba mahu berhenti dari segala-galanya. Riak buat saya rasa mahu berhenti. Tiba-tiba rasa pedih. Tiba-tiba rasa takut dan mahu pergi, mahu melafazkan segala rasa dan membuang segala apa yang bermain di jiwa.
     
                    Kata seorang sahabat, yang saya miliki dalam perjalanan menuju tuhan; kata dia saya terlalu tertutup mahu tertutup segala rasa. Saya diam kemudian saya berfikir, entahlah ketakutan pada kehilangan ketakutan pada manusia dan sedikit trauma mengenali membuatkan sya tidak membiarkan manusia mendekati. Saya yang membina perisai itu, saya bina dan kemudian saya tanam segala sikap yang menjurus ke arah itu. Saya..............hilang kepercayaan kepada yang bernama manusia. Manusia membuatkan saya kecewa dan saya penat mahu menerima kekecewaan kerana segala penolakan dan segala kekecewaan membuatkan saya tidak mahu menerima sesiapa di dalam hidup. Manusia, fitrahnya bukankah begitu? Manusia bukankah penuh dengan kekurangan? Kenapa mahu lagi ego dan kesempurnaan? Seketul Fatimah yang tidak reti bersyukur, tunggu dipanah dengan kepedihan lagikah? Tidak, tidak mahu.

                    Kemudian saya berfikir, panjang dan lama. Akhir-akhir ini saya banyak berfikir namun berusaha memahami. Berfikir dengan segala bukti di depan mata. Berfikir dengan segala kesedihan yang menggunung. Berfikir dengan meletakkan keterbukaan jiwa. Bukankah jiwa yang besar dan hati yang terbuka diiringi bahagia akan membuatkan kebahagian? Saya sekarang sedang bermain dengan masa, sedang bermain dengan jiwa tetapi hati saya tetap tidak teguh. Saya diuji dengan kata-kata. Saya diuji dengan permainan perasaan. Saya berfikir panjang dan panjang. Sungguh-sungguh saya rindu menjadi si kecil Fatimah. Si kecil Fatimah tidakkah tahu, dewasa ini ujiannya pekat hebat lebat  gila dan sungguh atas nama tuhan; saya tidak mampu menahan rasa sedih dan melemparkan nestapa. Walau bahagia bukan milik saya, syukur tetap dilafazkan atas nikmat bahagia yang tuhan berikan.

                   Saya rasa, tuhan rindu saya. Rindu pada tangisan seorang hamba bernama Fatimah. Kemudian saya rasa. Entahlah segala-galanya berselirat.Kosong. Kosong dan saya rasa bila berada di atas rasanya sakit. Sehingga saya tekankan pada hati, wahai hati berada di atas jangan sesekali membangga diri.


Saya bermuhasabah dan mendengar beberapa nasyid. Jiwa sedikit sembuh. Alhamdullah.

https://www.youtube.com/watch?v=s4SnJLOwVxY

Monday, 6 November 2017

Rahasia.

                   Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia. Rahasia. Rahsia.
             
                    Setelah rahsia tidak lagi rahsia, maka apa yang menjadi rahasia. Lama rasanya tidak menjenguk di sini, pelbagai ceritera di sebalik. Dan bahagia. Dan sakit. Dan senyum. Dan airmata. Perlahan-lahan ku terima, semakin ku sakit semakin kau bahagia. Mengapakah aku jadi lemah. (Aizat, dari lagu Awan Nano). Hanya lagu ini bermain-main di fikiran. Aduhai seketul Sophia.
             
                   Banyak yang akan aku cerita. Satu demi dua demi tiga demi masa demi awak demi saya demi saya demi saya. Melalut je banyak bayangkan saja saya yang bercerita diselang seli tawa atau tunduk mengada hahahaha. Sakit perkara biasa. Dalam menuju hidup, jatuh bangun perkara biasa. Blog ini asalnya ditubuhkan untuk memuatkan karya tetapi dia jadi macam-macam perkara dalam ini. Sebagai perempuan yang dilamun cinta, antara dua cinta atau antara dua segala-galanya(hahahahahaha) maka segalanya dimuatkan. Tenang. Bahagia. Takut. Resah. Segala-galanya. Tidak mahu berahsia. Lagi pula, benak saya memberi izin- siapa sahaja mahu melawat dan melihat saya bercerita dan meluahkan rasa? Kerana saya-memilih begitu.
 
                    Berkat punahnya rasa, ajaibnya penantian dan cantiknya perancangan tuhan saya diberi bahagia yang tidak terhingga. Satu demi satu akan saya ceritakan. Semoga seorang Sophia tabah melawan pedih dan menerajang luka bahkan teguh berdiri sepertinya Hagia Aya Sophia maka seperti itulah saya mahu didik hati, jiwa, rasa dan diri.

                  Ditarbiah masa, dibidik rindu pada Tuhan. Penantian itu manis dan menawan maka nikmat apa lagi yang kau mahu dustakan?

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...