Seingat aku, tidak ada betul-betul peristiwa yang berjaya meruntuhkan segala depresiku yang bersarang. Air mataku tumpah dan aku tidak mampu menahan dari segala kesakitan diam dan berlalu. Menjadi amarah yang tenggelam dalam kata-kata dan aku hanya mampu membisu dan aku sebenarnya, aku benci dengan segala apa yang berlaku. Atau merasa puas dengan segala jiwa yang dihempas kalian? Tahu kenapa aku lebih suka sendiri?
Di universiti yang luas ini, aku mampu berjalan dan melakukan segala-galanya sendiri. jika aku hanyut, maka aku akan hanyut seorang diiri. tanpa ada tangan yang mahu atau sudi menghulurkan dan juga tidak akan bahu yang boleh aku pinjam saat aku rebah dalam rinduku pada ayahanda dan bonda. Depresi ini membunuhku. Depresi ini melemahkan aku dan aku sampai berfikir untuk membuang segala keterujaan yang aku bina namun begitulah adat seorang gadis ini, kerana dia tahu saat butang keterujaan itu dia sentuh dia takkan berhenti walau apa yang menghalang dan dia akan menepis segala sengsara yang dia hidapi. dia menjadi bahagia dalam rasa yang dia simpan dan dia mwnjadi bahagia walau depressi membunuhnya.
Dan aku terfikir kadangkala, masing-masing sudah meningkat ke usia yang agak matang namun di mana kematangan itu andai menjatuhkan orang adalah matlmat utama? Bukankah namanya matang itu adalah apabila ada pertelingkahan kecil maka akan segera melepasbebaskan apa yang tiddak perlu ada. namun menjadi manusia yang engkau juga tahu betapa manusia akan membunuh ragamu dan akan menikam belakang bahkan dari arah depan. Itulah sifat manusia, yang kerana manusia depressi membunuh dan menarik aku agar menjadi manusia yang lebih berguna, bukan sombong atau riak kerana dua perkara ini juga akan membunuhmu dengan sangat pantas.
Siang tadi aku ada makmal untuk analisis makanan, sang guru meminta agar segala keputusan yang kami dapat itu agar kami kongsi bersama-sama walau berbeza kumpulan yang sama. Aku cuma tulis apa yang aku dapat dan lantas mereka menghukumku dan mengatakan aku yang salah. segala salah dan aku yang salah meletakkan segala keputusan itu pada tempat yang salah, jelas aku nampak senyuman menghina dan puas kerana dapat memalukan aku di hadapan sang guru. Aku bukanlah manusia yang akan mudah jatuh hanya kerana manusia, segala akan buat aku lebih kuat dan bersemangat untuk terus melihat segala kekurangan yang aku milki dan terus membaikinya. Untungnya apabila kita ada Tuhan dan itulah nikmat yang paling aku hargai semenjak aku menjadi manusia yang ayahanda ralit menasihati, itulah juga sumber kekuatan utama saat aku lemah dan rebah dalam permainan manusia.
Juga petangnya aku ada latihan makmal untuk subjek pengawetan makanan, sekali lagi professionalisma diinjak dan dijajah dan segera segala kematangan dibakulsampahkan, Dan au, hanya mampu diam dan menghunuskan duri yang aku cuba biarkan bebas.
Barangkali aku akan berkali-kali dilambung nestapa dan barangkali juga, ini jalan berliku dan simpang siurnya melemaskan aku namun ini jalan yang aku bahagia dengannya. Yang aku tahu, juga ia mahu meletak kembali senyumku dan bahagiaku bercambah menjadi bahagia yang aku mahu cari. Definasi bahagiaku, adalah apabila kau mampu menahan segala amarah dan petir serta tangisan dari jatuh dan lemah di hadapan manusia. Aku kira, cukup sahaja agar Tuhan yang mengerti dan menghakimi. Maka, aku akan terus bersangka baik seperti ajaran agamaku. Barangkali kawan sekelas tidak tahu apa yang mereka lakukan itu menyebabkan depresi yang hebat dan menenggelamkan keterujaan dalam jantungku.
Namun sebaliknya berlaku, kerana ketika kaki ini mula melangkah dan ketika janji telah dibuat. Juga, ketika hati redha untuk berada di jalan ini, Tuhan mahu aku lakukan sebaliknya dan aku ikut takdir yang dirancangkan oleh Tuhan bahkan aku juga telah memilih dua cinta ini, maka selagi hayat aku akan terus menangung apa yang ditakdirkan untukku. Kenapa harus mengalah saat diuji Dia? Mengapa harus mengalah saat hikmah dia akan membuahkan pesona yang kau pun takkan tahu apa yang kau mampu jadi. Bersyukur dan teruskanlah melangkah walau harus tikam dan direjam berkali-kali, kerana inilah pesona dan ranjau yang kau pilih,
Ketika mahu mencuci tangan dan biarkan masalah itu sendiri, berpaling pada kenyataan dan mengaku kalah pada masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa. Hadap sahaja dan teruskan merealisasikan cita-cita.
Janji pada saya ya!
Tuesday, 4 April 2017
Monday, 3 April 2017
Sains Makanan I
Siapa tahu kan perancangan Tuhan itu bagaimana? Siapa tahu bila masa yang tepat untuk kita menempuh angan angan dan impi yang kita hasratkan. kabul dalam jiwa resah dan bertamu menjadi rindu, lantas jiwa rebah dibelasah nikmat dari Tuhan. "Dan nikmat apa lagi yang kau mahu dustakan wahai Sang Puter?
Saya masih teringat ketika seorang guru berkata begini, "Ada orang yang minat sastera di sini? Saya rasa dia patut tukar aliran". Dia berkata ketika aku menuntut di tingkatan lima, di sebuah pengajian yang agak tersohor di Malaysia ini. Membesar dan mulai membesar, aku mahu berjabat dengannya dan mahu mengucapkan rasa terima kasih untuk apa yang aku miliki harini. Wahai guru, kerana kata-kata kamulah aku menentang takdir dan cita-cita bersatu dengan impian mengejar aku dan melemaskan aku dalam daerah cinta.
Cinta yang bagaimana. Pasti kalian mahu bertanya begitu. Begini, cinta ini adalah satu cinta yang aku anggap cinta pertamaku namun sebaliknya dia bahkan adalah cinta kedua. Ya, pasti dia ialah sains. Pernah dengar mengenai sains makanan?
Sains makanan adalah satu kursus yang ditawarkan di UiTM untuk para pelajar lepasan SPM dan juga para pelajar lepasan Matrikulasi/Asasi/Tingkatan 6/Diploma untuk memohon dan bersama kami di sini. Sayugia hamba mahu menitipkan kasih, jika ada yang terpau hati ada jurusan ini di peringkat diploma anda boleh memohon secara terus melalui bahagian pengambilan pelajar(UPU) yang dibuka setiap tahun. "Tapi kekanda, saya tidak terpilih menerusi UPU, adakah cara lain yang boleh saya lakukan?".
Boleh wahai adindaku sekalian, tuan hamba bertuah jika mahu memilih Universiti Teknologi Mara sebagai langkah awal kalian dalam bidang ini kerana adinda boleh memohon secara terus kepada universiti kesayangan kekandamu ini ketika universiti membuka permohonan untuk pengambilan kali kedua.

#UiTM DIHATIKU
Jika adinda memohon memasuki diploma, sayugia di hati kekanda mahu titipkan bahawa adinda akan menelaah dan menemui ilmu itu di cawangan universiti di Kuala Pilah kerana di sanalah satu-satunya kampus yang menawarkan diploma dalam kursus ini.
Namun, jika adindaku dari lepasan STPM dan setaraf, adinda boleh memohon untuk memasuki bidang Ijazah seperti kekandamu ini di Shah Alam.
Adinda, malam sudah terlalu lewat dan bulan malu mahu menghias wajahnya di dada langit. izinkan kekanda mengundur diri. Kekanda mahu menelaah analisis makanan, sekian dari kanda. Jumpa lagi!
WIRASA 2017
Aku mahu menulis satu kisah cinta, yang aku pendam dan aku cari dari masa kecil. Emma? Siapakah gadis ini ? kenapa dia muncul? secara tiba-tiba atau sekadar-kadarnya sahaja? ini adalah seorang gadis yang lahirnya di satu negeri timur dan suka mengembara ke zaman silam. zaman apa? Zaman Abbasiyyah, zaman Cordova dan segala zaman yang menyaksikan segala keindahan.
Malam ini aku mahu menulis sebuah kisah cinta, yang aku mulakan dan yang aku cintakan sepenuh hati. tidak aku rela untuk cinta ini direjam oleh belati kejam dan dicantas oleh manusia yang cuba menidakkan hak aku selama aku punya impian sendiri. Maaf untuk orang yang terasa dianiayai namun selagi itu adalah apa yang aku harus miliki, tidak akan aku berkata tidak. Maaf, permainan ini harus juga disimpan.
Malam itu, kisah cintaku direjam, aku menangis seperti gadis yang kehilangan mati kekasihnya. yang berjanji untuk setia dan sentiasa menyokong dalam rebah, kisah cinta yang aku abaikan namun dialah cinta sejati yang aku cari dan yang mengalir dalam jiwa. mana mungkin, saat aku sudah berjuang pada jiwa nan walang harus begini kejadiannya. ketika merasa tidak dihargai, aku mencuba mencari semacam daya dan usaha untuk memiliki. bukan salahku lagi jika itu adalah apa yang aku idamkan, maka itulah yang aku menuju.
Kau tahu kawan? Saat hidupku direjam dengan belati cinta dan aku rebah dalam permainan rasa yang maha dahsyat, siapa yang sudi memegang erat jemariku? Siapa yang menyapu airmata di sisiku dan memeluk erat seketul jasad yang cuba menahan ego ini. Siapakah gerangan yang sudi menawarkan cinta bahagia setelah dia ditinggalkan berkali-kali?
Aku sebenarnya, jatuh cinta pada dia. aku mahu lagi mencari semangat dan keasyikan bahkan kenikmatan abadi saat jemariku menitipkan kata dan saat kepalaku berputar dan berbicara sesama mereka, bahkan aku juga, aku kira adalah manusia paling gila dalam mengejar bahagia yang tidak berkesudahan, bahagia yang dinikmati saat aku menutup mata dan menghidu enak aroma kitab-kitab dan berbicara bahkan bercerita dengan mereka. aku menjadi kelu dan diam saat manusia di sekeliling tidak lagi mahu mendampingi, maka pada siapa harus aku bercerita?
Kemudian, aku berdiri di hadapan cermin dan aku bercerita pada diri sendiri, rebahku, tangisku, jiwaku yang rapuh bahkan lelahku yang tersisa mengutip helaian-helaian aksara ditidakkan oleh nafas semangatku. maka ini adalah wirasa pertamaku, tidak mungkin akan aku beri pada manusia lain. walau apa yang terjadi, aku harus dan harus menyertai sayembaranya.
"Nama saya Emma, saya puteri bongsu kepada pasangan Wan dan Tuan. Saya adinda kepada lima kekanda, dan kekanda kepada dua orang adinda putera. Nama saya Emma, saya menuntut di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam Ijazah Sarjana Muda Sains( Sains dan Teknologi Makanan) dan merupakan penuntut semester empat Tahun Dua. Nama saya Emma dan saya merupakan Alumni Minggu Penulis Remaja 2016. Nama saya Emma dan saya merupakan calon saintis anda. Inshallah, menuju ke langkah itu. Nama saya Emma dan saya kekasih anda"

Subscribe to:
Comments (Atom)
Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian
Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA? Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...
-
Sebenarnya aku pedih, dan kepedihan itulah yang selalu membutakan dan membuatkan aku lari dari segala tanggungjawab atau keperluan. ...
-
adakalanya, berlari menuju tuhan itu dalam pelbagai cara. Kadangkala kita akan berlari dengan kaki yang terseret penuh luka nanah yang ...
-
Setelah beberapa hari, diuji dengan kesibukan dan kebahagian maka saya mecuba memberi masa lagi kerana latihan akan membuahkan ...