Tuesday, 4 April 2017

Depresi yang membunuhku.

               Seingat aku, tidak ada betul-betul peristiwa yang berjaya meruntuhkan segala depresiku yang bersarang. Air mataku tumpah dan aku tidak mampu menahan dari segala kesakitan diam dan berlalu. Menjadi amarah yang tenggelam dalam kata-kata dan aku hanya mampu membisu dan aku sebenarnya, aku benci dengan segala apa yang berlaku. Atau merasa puas dengan segala jiwa yang dihempas kalian? Tahu kenapa aku lebih suka sendiri?
               Di universiti yang luas ini, aku mampu berjalan dan melakukan segala-galanya sendiri. jika aku hanyut, maka aku akan hanyut seorang diiri. tanpa ada tangan yang mahu atau sudi menghulurkan dan juga tidak akan bahu yang boleh aku pinjam saat aku rebah dalam rinduku pada ayahanda dan bonda.  Depresi ini membunuhku. Depresi ini melemahkan aku dan aku sampai berfikir untuk membuang segala keterujaan yang aku bina namun begitulah adat seorang gadis ini, kerana dia tahu saat butang keterujaan itu dia sentuh dia takkan berhenti walau apa yang menghalang dan dia akan menepis segala sengsara yang dia hidapi. dia menjadi bahagia dalam rasa yang dia simpan dan dia mwnjadi bahagia walau depressi membunuhnya.
            Dan aku terfikir kadangkala, masing-masing sudah meningkat ke usia yang agak matang namun di mana kematangan itu andai menjatuhkan orang adalah matlmat utama? Bukankah namanya matang itu adalah apabila ada pertelingkahan kecil maka akan segera melepasbebaskan apa yang tiddak perlu ada. namun menjadi manusia yang engkau juga tahu betapa manusia akan membunuh ragamu dan akan menikam belakang bahkan dari arah depan. Itulah sifat manusia, yang kerana manusia depressi membunuh dan menarik aku agar menjadi manusia yang lebih berguna, bukan sombong atau riak kerana dua perkara ini juga akan membunuhmu dengan sangat pantas.
              Siang tadi aku ada makmal untuk analisis makanan, sang guru meminta agar segala keputusan yang kami dapat itu agar kami kongsi bersama-sama walau berbeza kumpulan yang sama. Aku cuma tulis apa yang aku dapat dan lantas mereka menghukumku dan mengatakan aku yang salah. segala salah dan aku yang salah meletakkan segala keputusan itu pada tempat yang salah, jelas aku nampak senyuman menghina dan puas kerana dapat memalukan aku di hadapan sang guru. Aku bukanlah manusia yang akan mudah jatuh hanya kerana manusia, segala akan buat aku lebih kuat dan bersemangat untuk terus melihat segala kekurangan yang aku milki dan terus membaikinya. Untungnya apabila kita ada Tuhan dan itulah nikmat yang paling aku hargai semenjak aku menjadi manusia yang ayahanda ralit menasihati, itulah juga sumber kekuatan utama saat aku lemah dan rebah dalam permainan manusia.
               Juga petangnya aku ada latihan makmal untuk subjek pengawetan makanan, sekali lagi professionalisma diinjak dan dijajah dan segera segala kematangan dibakulsampahkan, Dan au, hanya mampu diam dan menghunuskan duri yang aku cuba biarkan bebas.
               Barangkali aku akan berkali-kali dilambung nestapa dan barangkali juga, ini jalan berliku dan simpang siurnya melemaskan aku namun ini jalan yang aku bahagia dengannya. Yang aku tahu, juga ia mahu meletak kembali senyumku dan bahagiaku bercambah menjadi bahagia yang aku mahu cari. Definasi bahagiaku, adalah apabila kau mampu menahan segala amarah dan petir serta tangisan dari jatuh dan lemah di hadapan manusia. Aku kira, cukup sahaja agar Tuhan yang mengerti dan menghakimi. Maka, aku akan terus bersangka baik seperti ajaran agamaku. Barangkali kawan sekelas tidak tahu apa yang mereka lakukan itu menyebabkan depresi yang hebat dan menenggelamkan keterujaan dalam jantungku.

             Namun sebaliknya berlaku, kerana ketika kaki ini mula melangkah dan ketika janji telah dibuat. Juga, ketika hati redha untuk berada di jalan ini, Tuhan mahu aku lakukan sebaliknya dan aku ikut takdir yang dirancangkan oleh Tuhan bahkan aku juga telah memilih dua cinta ini, maka selagi hayat aku akan terus menangung apa yang ditakdirkan untukku. Kenapa harus mengalah saat diuji Dia? Mengapa harus mengalah saat hikmah dia akan membuahkan pesona yang kau pun takkan tahu apa yang kau mampu jadi. Bersyukur dan teruskanlah melangkah walau harus tikam dan direjam berkali-kali, kerana inilah pesona dan ranjau yang kau pilih,

              Ketika mahu mencuci tangan dan biarkan masalah itu sendiri, berpaling pada kenyataan dan mengaku kalah pada masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa. Hadap sahaja dan teruskan merealisasikan cita-cita.

Janji pada saya ya!

No comments:

Post a Comment

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...