Aku mahu cerita lagi, tentang mereka. Tentang keluarga yang aku jumpa di sini, keluarga yang ada saat aku terbang tinggi melawan jiwa dan memberi amanah. Satu masa dahulu, mataku tertawan pasa kata-kata Nik Safiah Karim. Katanya dia, jika mahu terbang tinggi setinggi bintang di langit, berpersatuanlah, libatlah diri dalam kalangan mereka yang mempunyai jiwa sepertimu. Pergilah membawa diri dalam kalangan mereka, rasailah hebatnya terbang bersama-sama. Setahun di sini, benar bagai dikata dia. Benar bagai dikata oleh orang besar sepertinya, aku akui itu.
Aku mulakan langkah, mencari segenap pelusuk bahagia yang aku mahu cipta di sepanjang perjalanan menuju tuhan. Tidak mahu pulang tanpa hasil di jemari, menggalas beban yang aku mahu galas, berkongsi rasa yang membugar dan merancakkan hidup. Kau tahu? Perjalanan yang jauh penuh noda pidana rasa ini masih lagi jauh, tanggungjawab terlentang di hadapan. Kadang kalanya jiwa, kau perlu memilih antara dua.Memilih anta cinta dan cita-cita, kembali pada tuhan dengan cintamu yang kau letak nama tuhan dan redha tuhan di sepanjangnya atau kembali pada tuhan dengan manusia yang penuh noda dosa bergelumang tanpa redha dan kembali padanya dengan beribu penyesalan. Tiada pilihan kedua, tiada peluang untuk memutarkan masa yang rasamy dapat kau undur dan berbuat seperti redha-NYA.
Kau yang harus pilih. Acapkali aku dengar, follow the flow. Follow the flow. Follow the flow sampai aku muntah, bosan penat dan sehingga tiada riak boleh aku tunjukkan. Benarkah? Baik, aku mahu tinggalkan persoalan itu di sini.
Dua di kananku adalah guru yang tidak jemu melayan karenah dan tindak laku.
Kiriku pula manis sahabat seperjuangan.
Yang manis menjadi orang tua itu adalah Shazreen, pemuda dari rimbunan Fakulti Undang-Undang, sebelahnya bergaya bercermin mata merupakan presiden Aksi( Persatuan Aktivis Seni Puisi). Menjadi ahli keluarga Aksi adalah satu anugerah juga dalam perjalanan panjang ini, rasa apakah yang berhimpun dan mendetakkan rindu ketika mereka juga bakal pergi? Wan Yusoff yang setia dengan janggutya merupakan Johan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2016, tahniah dan terima kasih atas setiap tunjuk ajar kerana dialah jurulatih dan juruletih . Jangan jemu untuk terus di sisi ketika aku perlukan bantuan, perjalanan ini panjang dan kadangkala ianya mengasyikkan. Bahagia sebentar dalam senyum itu. Disisinya adalah abang Hariri, graduan UiTM dalam bidang kejuruteraan kimia yang juga juruletih dalam mendidik seorang Fatimah.
sesi latihan, mulanya nak bawak sajak ini.
Tapi sajak ini yang bertakhta di hati, Boleh lihat di sini https://www.youtube.com/watch?v=UlxhtQ3qFSE
Konon-konon(nya0lah kan ha) nak ekslusif dengan riri dan beykir tapi en Salleh tersenyum di belakang.
Dari depan: Ikram (FKE), FKM, Intan Nadirah(MEDIC), Shafiq (FSKM), Shazreen(FUU) dan Sang Puteri (FSG)
Juri kami!
Terima kasih atas rasa yang hebat ini, jumpa lagi tahun depan!
Perkenalan kami cukup singkat namun terima kasih atas segalanya. Tak mungkin sejauh ini aku pergi tanpa kalian di sisi. Aku bahagia atas kasih sayangmu, tuhan. Moganya jalan ini aku tempuh dengan redha-MU.
Terima kasih juga kepada En Fairus selaku ayah kepada kami, anak-anak WIRASA FSG 2017!
Ajaib bukan sebuah rasa, kau pedih sakit bernanah lukamu tapi setiap kali kau lihat bahagiamu kau akan terus sembuh serta merta. Bahagia!
Cinta, dan perjuangan aku inilah dia(Tak curang walau sedetikpun dengan yang satu lagi tu. Ehem!). Takkan berkalih walau sesaat lagi, anda bagaimana?






No comments:
Post a Comment