Tuesday, 25 September 2018

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?

 Are you serious dude?
Yes i am.

Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti paling banyak cawangan di malaysia, sudah tentu pasti mengetahui apa itu FSG dan apa itu FiTA. FSG  merupakan akronim bagi fakulti sains gunaan manakala FiTA pula ialah Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Tangan terasa keras lantaran sudah lama tidak menulis dan membuang ragu yang bersarang di jiwa.

Menanam cinta di FSG.
Menjejakkan kaki di UiTM Shah Alam sebagai mahasiswa Sarjana Muda Sains Makanan dan Teknologi dengan kepujian semester 2 tahun 1 menjadi detik satu demi satu impian tercapai seperti taglinenya "uitm di hatiku". Saya menyantuni FSG seperti saya pernah mencintai dunia sains satu ketika dulu. Sains yang saya kira sesuatu yang sangat menarik untuk diterokai dan menjadi diri ketika bereksperimentasi dengan segala bahan yang berada di depan mata. Saya mencintainya seperti pungguk yang merindukan bulan, tidak sedikitpun saya tercantas dek kerana pedih atau luka di persimpangan.
      Sakit.
Ya. Saya tahu
Ini satu bidang yang sangat mencabar kebahagiaan saya, saya buang segala ragu dan terus mendoakan agar jika ini jalan yang harus dilalui maka mohon saya pada tuhan agar teguhkan hati, pasakkan pada jiwa agar terus setia mencintainya. Berbekalkan istikarah dan mengira inilah jawapan dari tuhan, juga hasrat ayahanda dan bonda agar saya terus meneruskan pengajian hingga ke peringkat paling tinggi.
                        Jauh di sudut hati, saya mulai penat dengan dunia sains.

Masalah terbesar, adaptasi. Saya tidak mengatakan bahawa FSG yang terletak di UiTM Shah Alam ini tidak menarik, membebankan atau membosankan bahkan saya mahu berteriak sehingga semua tahu bahawa inilah fakulti yang mengajar saya erti cinta. erti dugaan. I didnt say that i like it but i love it. Hanya tuhan yang menjaga hati tahu fasa saya mencintai FSG yang satu ini. FSG menyantuni saya seperti saya adalah sahabat karib yang lama dia tunggu, agar terus bercinta dan hidup bergelumang kebahagiaan selama-lamanya. Semua di sini bagus, hebat. Dari yang staff biasa hinggalah Dekan, semuanya sangat mesra.

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...