Sunday, 30 September 2012

anak muda

sebuah puisi citra hati... fahamilah kami

kontroversi mengintai lagi
anak muda ditunding jari
kononnya kurang ajar
tapi mengapa
tidak tolong ajar??

katanya pengurusan berkualiti
anak muda lagi yang disalahkan
aduyai..
kelemahan sistem

salah masa,salah ketika
ketika taufan nargis melanda
jangan diuji  kesabaran anak muda
yang sememangnya nipis ini
takut terlambung-lambungdek bahana kepanasnnya

jangan pernah mempertikai
katanya kami ini pelanggannya
jadi mengapa
falsafah china
   "pelanggan adalah raja"
dilupakan???

dan seketika..
diuji sakitnya perasaan
bengkaknya mata adalah saksi...
                                                                             30/09/2012




catatan: jika ada yang terasa,, hamba yang hina dina ini memohon maaf.. hanya ingin menyatakan luahan hati yang tercipta.. melalui bicara seorang hamba.. bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba... saya anak muda dan saya yakin,, masyarakat kini bergantung pada anak muda bukan.. contohnya pada pilihanraya nanti.. jangan diabaikan perasaan dan pendapat luahan kami.. buka fakta sejarah,,bukankah nabi junjungan kita sanagt meraikan pendapat anak muda.. jangfan ingat kami mentah kami ini bodoh.. tidak.. pemikiran kami segar, seiring perjalanan masa.. jangan pernah memperlakukan kami begitu..  sungguh berkias coretan saya kali ini.. harap tiada yang salah mengerti luahan gelojak jiwa anak muda.. dan kami akan berusaha untuk mebnjadi al-faruq.. pemisah antara kebatilan dan kebenaran.. saya akan meneruskan perjuangan si al-farazdaq.. mencari kekuatan fizikal seperti salahuddin al-ayyubi.. mungkin keperibadian sultan muhammad al-fateh gagal dimiliki lantaran terlampau sensitif namun saya akan mencuba.. ingatlah sabda nabi junjungan " kebatilan akan ditewaskan oleh kebenaran.. salam hormat,salam kemaafan dari saya.. kalau ada hati patah,,maafla saya bukan insan sempurna.. wabillahitaufikwalhidayah dan assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment

Menanam cinta di FSG, menuai rasa di FiTA~~sebuah penantian

Menanam cinta di FSG kemudian menuai rasa di FiTA?  Are you serious dude? Yes i am. Setiap yang bergelar mahasisiwa di universiti palin...